“ingat ! kita ada apa?!!”
“ kita ada Al Quran !!”
“ jadi apa yang harus kita lakukan??!!”
“kita harus yakin dan percaya yang Allah
akan bantu kita!!”
“ oleh itu ??!!”
“ jangan putus asa !! kami yakin,kami pasti
boleh!!”
Getus semangat
besar mereka. Pada waktu ini, pelajar sulung Maahad sedang bersiap sedia untuk
memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). 27
orang pelajar muslimin kesemuanya. Kelihatan pada riak wajah mereka, nampaknya
mereka sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kesemuanya mempunyai kisah
tersendiri sepanjang berada di Maahad tersebut. Mereka menggelarkan diri mereka
sebagai...
“27th QURANIC 1st GENZ”
(Hatta :Javanese)
,(Hubaib : Abe) ,(Hisyam : Inni) ,(Muzammil : Jamil) ,(Shahiman : Shah) ,(Syakir
:Shake), (Adib :Tokai) ,(Luqman : Lock) ,(Zahir : Joe) ,(Azim : Mu Az) ,(Afif
: Amry) ,(Nuqman : Knock) ,(Fikri : Ikira) , (Muttaqin :Taqkun ),(Imran : Haq)
,(Aminul : Jawziah) ,(Wafiy : Aim) ,(Asyraf : Chihiro) ,(Hafidzul : Fidio) ,(Ammar
: Mars) ,(Salam : Jagis) ,(Muhaimin : I-min) ,(Hafizuddin : Udin) ,(Syanil :
Sean) ,(Haziq : Ziq) ,(Haikal : Call) , dan( Hafiizhuddin :Peace).
Masa berbaki 20 minit untuk calon SPM
bersedia sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi paper yang pertama. Mereka
perlu fokus kerana peperiksaan inilah yang bakal menentukan masa depan mereka.
Namun , apa yang mengejutkan ialah, mereka seolah olah sudah terlalu bersedia
untuk menghadapinya. Tidak ada seorang pelajar pun yang masih memegang nota !
Hanya berbekalkan alat tulis yang disediakan sendiri oleh pihak Maahad...mereka
berkumpul sambil tersenyum seperti ada sesuatu perkara yang menyeronokkan di
hati mereka. Apakah perkara itu?
“Korang ni happy semacam je...ada apa?”
sapa Amry kepada 26 yang lain.
“haha..kitorang cuma teringat balik je
zaman kita susah payah belajar dekat Maahad ni.” jawab Shah selaku yang paling
tua antara mereka.
“hmm..betul juga kan. Banyak dah perkara
yang kita lalui selama ini.” Amry mengangguk tanda setuju.
“korang ingat tak cerita dari mula-mula
kita jejak kaki kat sini?” Knock berseloroh.
“mestilah ingat. Nak flashback satu-satu
ke?” javanese memberikan jawapan.
“menarik..” semua setuju.
Suasana senyap seketika. Masing masing
termenung memikirkan kembali detik-detik indah sepanjang berada di Maahad.
Sekali lagi senyuman terukir pada wajah mereka..satu per satu....
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
IMBAS
KEMBALI : 28 JANUARI 2008
LOKASI : BANTING,
SELANGOR..
Sebuah institusi tahfiz mula beroperasi di
Selangor seawal tahun 2008. Bermula dengan pengambilan sulung pelajar seramai
58 orang. 27 muslimin dan 31 pelajar muslimat kesemuanya. Mereka mula mendaftar
di Maahad trsbut setelah meraih kejayaan dalam peperiksaan UPSR tahun yang
lalu.


11:58 PM
inni akhafullah
Posted in:
0 comments:
Post a Comment