About

Thursday, December 29, 2011

Prologue...

    “ anda semua sudah bersedia ?!!”
    “ sudah !!”
    “ingat ! kita ada apa?!!”
    “ kita ada Al Quran !!”
    “ jadi apa yang harus kita lakukan??!!”
    “kita harus yakin dan percaya yang Allah akan bantu kita!!”
    “ oleh itu ??!!”
    “ jangan putus asa !! kami yakin,kami pasti boleh!!”
  
     Getus semangat besar mereka. Pada waktu ini, pelajar sulung Maahad sedang bersiap sedia untuk memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). 27 orang pelajar muslimin kesemuanya. Kelihatan pada riak wajah mereka, nampaknya mereka sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kesemuanya mempunyai kisah tersendiri sepanjang berada di Maahad tersebut. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai...
“27th QURANIC 1st GENZ”

(Hatta :Javanese) ,(Hubaib : Abe) ,(Hisyam : Inni) ,(Muzammil : Jamil) ,(Shahiman : Shah) ,(Syakir :Shake),   (Adib :Tokai) ,(Luqman : Lock) ,(Zahir : Joe) ,(Azim : Mu Az) ,(Afif : Amry) ,(Nuqman : Knock) ,(Fikri : Ikira) , (Muttaqin :Taqkun ),(Imran : Haq) ,(Aminul : Jawziah) ,(Wafiy : Aim) ,(Asyraf : Chihiro) ,(Hafidzul : Fidio) ,(Ammar : Mars) ,(Salam : Jagis) ,(Muhaimin : I-min) ,(Hafizuddin : Udin) ,(Syanil : Sean) ,(Haziq : Ziq) ,(Haikal : Call) , dan( Hafiizhuddin :Peace).

     Masa berbaki 20 minit untuk calon SPM bersedia sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi paper yang pertama. Mereka perlu fokus kerana peperiksaan inilah yang bakal menentukan masa depan mereka. Namun , apa yang mengejutkan ialah, mereka seolah olah sudah terlalu bersedia untuk menghadapinya. Tidak ada seorang pelajar pun yang masih memegang nota ! Hanya berbekalkan alat tulis yang disediakan sendiri oleh pihak Maahad...mereka berkumpul sambil tersenyum seperti ada sesuatu perkara yang menyeronokkan di hati mereka. Apakah perkara itu?

     “Korang ni happy semacam je...ada apa?” sapa Amry kepada 26 yang lain.
     “haha..kitorang cuma teringat balik je zaman kita susah payah belajar dekat Maahad ni.” jawab Shah selaku yang paling tua antara mereka.
     “hmm..betul juga kan. Banyak dah perkara yang kita lalui selama ini.” Amry mengangguk tanda setuju.
     “korang ingat tak cerita dari mula-mula kita jejak kaki kat sini?” Knock berseloroh.
     “mestilah ingat. Nak flashback satu-satu ke?” javanese memberikan jawapan.
     “menarik..” semua setuju.

     Suasana senyap seketika. Masing masing termenung memikirkan kembali detik-detik indah sepanjang berada di Maahad. Sekali lagi senyuman terukir pada wajah mereka..satu per satu....


 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


IMBAS KEMBALI : 28 JANUARI 2008
LOKASI : BANTING, SELANGOR..

     Sebuah institusi tahfiz mula beroperasi di Selangor seawal tahun 2008. Bermula dengan pengambilan sulung pelajar seramai 58 orang. 27 muslimin dan 31 pelajar muslimat kesemuanya. Mereka mula mendaftar di Maahad trsbut setelah meraih kejayaan dalam peperiksaan UPSR tahun yang lalu.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management